Cara-cara kita boleh mencegah demam denggi ialah salin air pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan cuci sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur dan juga periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir kerana nyamuk boleh membiak di air yang tidak menghalir.Peliharalah ikan seperti ikan gupi atau puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan
jentik-jentik yang hidup di dalam air itu.Akhir sekali kamu boleh meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam semua bekas menyimpan air satu bulan sekali.
No comments:
Post a Comment